Linux sememangnya sesuai untuk pelbagai lapisan umur,masyarakat tak kira tua atau muda semua boleh gunakan linux untuk melakukan aktiviti mereka berbanding operating system windows yang hanya tertumpu pada satu skop sahaja.Hari ni penulis tak berminat nak komen panjang-panjang pasal linux ni lagi kerana umum sudah mengetahui linux ini sangat POWERFUL sehinggakan kanak-kanak sekitar 3 tahun pon pandai menggunakan komputer XD.Tak Percaya?? jom tengok.

1- Sugar Linux
Distro ini dibuat oleh "one laptop per child project".Sugar linux sangat bagus diterapkan dalam kelas berkomputer bagi kanak-kanak yang gemarkan bentuk-bentuk kerana icon yang mesra pengguna terutama kanak-kanak.

2- EduBuntu
Edubuntu based on Ubuntu,sememangnya senang di-install,mempunyai graphic yang ceria dan mirip penggunaan windows.

3- LinuxKidx
linuxkidx menggunakan interface KDE,based on slackware dan yang paling penting sekali mesra kanak-kanak XD

4- Foresight Kidz
Based on Foresight linux,Distro yang terkenal dengan conary packages manager.Dengan Conary mudah sahaja menguruskan pakej kanak-kanak pon tahu buat.

5- Qimo Linux
Qimo juga based on ubuntu direka untuk belajar dirumah berbanding dikelas tadika,ibu bapa pon senang nak ajar guna komputer

6- Doudou Linux
Ni Distro kegemaran penulis,kerana bukan sahaja kanak-kanak ja bole guna bahkan orang tua pon bole menggunakan doudou ni.Tambahan pula interfacenya macam console game mesti anak-anak anda suka.


 Ajarlah anak-anak anda menggunakan sumber terbuka kerana ianya sangat bagus untuk mereka tak perlu memikirkan masalah anti-virus,update 3minggu sekali dan sebagainya 'manjakan' mereka dengan command line :P Hindari windows kerana Bill Gate berkerjasama dengan NSA heheheh....