Assalamualaikum dan selamat malam buat pengunjung blog NEC.
Tiada tuto menarik pon pada malam ni just nak kongsi bersama pembaca sahaja tentang MALWARE.

Malware ni singkatan kepada malicious software.Difahamkan malware sudah wujud sejak 1998 dicipta 
oleh pelajar university,Robert Morris.Pada asalnya malware dicipta untuk menguji kelajuan/saiz internet 
namun ada bug dalam pengaturcaraan Robert dimana malware ini mampu menyalin data pengguna lain tanpa diketahui pengguna lain(background mod).

Malware boleh disebar dengan beberapa cara antaranya:

1- Media komunikasi
2- Media Chatting
3- File attachment
4- Fizik akses(cth;pendrive,floppy,CD)
5- Kelemahan firewall
6- File sharing

Untuk memudahkan pemahaman pembaca admin memberi satu contoh malware sekarang ini diguna pakai ialah Phising(fake login).Phising juga termasuk kategori malware kerana mampu mencuri data pengguna dan data tersebut dihantar kepada pemilik malware tersebut.Matlamat utama malware ialah menggangu keselamatan,merosak,mencuri,dan memanfaatkan sistem.Selain itu phising ini dikenali juga sebagai malicious link yang semakin tersebar pada ketika ini.

Dizaman moden ini pengaturcaraan malware sudah semakin moden dimana anti-virus tidak dapat menjejaki dan mengesan malware yang terdapat dalam sistem.Jangan sangka malware hanya 'berjalan' pada OS windows sahaja kerana malware juga dapat berjalan pada OS linux juga dalam format .deb manakala pada windows berformat .exe.Risiko sesebuah komputer dijangkiti 'kuman' ini sangat tinggi kerana pengguna suka menggunakan program cetak rompak yang tidak ketahui vendornya seperti keygen,loader,crack dan lain2.

CARA MENGATASI JANGKITAN MALWARE:

1- Pastikan browser sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa
2- Update anti-Virus
3- Turn ON firewall windows 
4- Jika anda pengguna linux pastikan install firewall juga, kerana tidak dijamin sepenuhnya pengguna linux bebas malware.Admin syorkan gufw atau firestarter.
5- Hindari dari menggunakan Internet Explorer(IE)
6- Jangan click sembarangan pada link yang mencurigakan.
7- Jika anda was-was dengan sesuatu program gunakan VIRUS-TOTAL untuk kepastian.
8- Jangan abaikan masa update.

MENGETAHUI ADAKAH ANDA DIJANGKITI MALWARE:

1- Bagi pengguna Linux gunakan command 'top' dan periksa proses yang ganjil
2- Pengguna Windows pula perlu memeriksa task manager periksa proses yang ganjil yg memakan saiz memori yang banyak.
3- Komputer anda selalu hang/lag/kaku.
4- Tidak dapat Mengakses website anti-virus seperti mcaffe.com
5- Internal harddisk penuh secara tiba-tiba.
6- adobe selalu crash.
7- browser kerap crash.
8- Komputer lambat booting.

ANTI-VIRUS YANG DISYORKAN:

1- Avast
2- Panda Cloud 
3- Malware-byte
4- Kaspersky
5- Process Explorer

p/s: Berhati-hatilah dalam melayari internet kerana "nothing is secure"

-sekian-