Assalamualaikum dan selamat malam semua buat pengunjung blog NEC.
Kepada yang pernah menggunakan alat untuk penembusan(penetration) mesti tahukan apa itu Pentest.
Kat sini zaidi nak kongsikan beberapa distro linux untuk mod pengujian yang sering digunakan,jom tengok.

1- Back|track5

Tidak diragukan lagi bahawa Backtrack adalah distro Linux terbaik untuk pengujian keselamatan bahkan backtrack juga digunakan di syarikat security untuk melihat kelompongan yang ada pada sistem mereka.

2-NodeZero

NodeZero juga tak kurang hebatnya ia juga didatangkan dengan Ubuntu based.satu kelebihan bagi NodeZero ialah bila Ubuntu di-update ia juga mendapat notify tentang pembaharuan Ubuntu,tool terbina juga lebih kurang sama macam Backtrack5,rugi jika tidak mencuba :)

3-BackBox Linux

Admin baru tahu pasal BackBox selepas salah seorang kawan admin menggunkannya,Encik Ubuntu.
Nak cerita panjang pon tak berani cuba pm dia tanya tentang BackBox nih.Sorry tau!

4-Blackbuntu

Blackbuntu ni lebih kurang sama ja macam Backtrack cuma lebih mesra dengan orang yang mula berjinak dengan dunia pentesting.Tool yang terbina pon lebih kurang sama cuma ada sedikit kekurangan dan bagi orang yang berpengalaman dalam bidang pengujian akan merasa kurang selesa dengan Blackbuntu.

5-Samurai Web Testing Framework

Ringkasnya OS ni lebih mefokuskan kepada penyerangan web dan kebanyakkan Ethical Hacker pon menggunakan samurai web untuk pengujian disamping persikataran keselamatan yang tersedia.

6-Deft


Bagi sesiapa yang berminat dengan forensic admin sarankan gunalah Deft kerana ia memang dikhaskan
untuk tujuan forensic dan menggunakan WINE untuk menjalankan sebahagian program windows(tak semua menyokong wine).

7-Matriux Krypton

Pada pendapat admin Matriux adalah security pertama yang menggunakan based debian
(jika salah sila komen :) ).Lebih 300 tool terbina dan dinamakan "arsenals"(bukan bola LOL)
merangkumi security testing,penetration testing,cyber forensic,exploiting dan cracking.

8-WEAKERTH4N

Lebih menjurus kearah cracking seperti wi-fi,SQL attack,bluetooth,web hacking,voice over IP
(voIP),Social Engeneering Toolkit(SET),Android hacking,Networking,shell.

9-Bugtraq
 

Bugtraq ni lebih hebat dari Kali(pendapat admin) malah melengkapi bagi keperluan pentester.cuma baru-baru ini Bugtraq di-release dalam versi beta.Bole juga di-install dalam Qemu

10-Caine

Mungkin agak asing ketika ini.Namun apa salahnya korang cuba.Lebih menjurus kearah cyber forensic
sama macam Deft.Grafik pada Caine juga lebih mesra pengguna dan apa yang penting ialah OPEN-SOURCE XD.