Showing posts with label Windows. Show all posts
Showing posts with label Windows. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015


Setelah berpulas-pulas mencari sebab dan cara perbaiki akhirnya temui juga dan penulis pun tak sangka kenapa harus ada sangkut paut dengan hardware acceleration arghh abaikan yang penting perfomance web browser kembali pulih dan senyum selalu .


Vroom vroom ! laju-laju nak pergi manalah yerkk , bukan apa kelajuan itu kan mampu menjimatkan masa . baiklah mari kita perbetulkan apa yang tidak harus kita guna didalam setting web browser Mozilla Firefox .



Ya ! , tidak perlu edit about:config , tidak perlu edit rigistry key pada windows tidak juga perlu apt-get update pada linux apa yang anda perlu lakukan cumalah untick beberapa option di bahagian tools > Advanced > General , turut jangan lupa untuk clear cache ye .



 

Posted on Wednesday, September 16, 2015 by Newbie3viLc063s

2 comments


Penulis nak tegaskan yang sebenarnya web browser firefox anda lagging bukan kerana sebab kartun peluk bumi tu yang seakan-akan logo Mozilla Firefox .

Mozilla Firefox kini boleh dikatakan web browser yang terlaris dan mempunyai berjuta addon . Walau dia mempunyai berjuta addon pada penulis bukan semua addon dapat support gara-gara kerana pihak Mozilla rajin patch bugs dan update version  ..


Jangan sedih , penulis bukan nak marah cuma realiti . Berkaitan isu sering lagging ketika scrolling dan nonton video streming  .  Tolak campur tolak campur lepas tu bahagi jawapannya , penulis berpendapat salah satu  penyebab mungkin adalah kerana flash plugin tidak update version terkini , mungkin juga sebab web browser belum update yang terkini atau mungkin sebab spec processor atau ram memory anda yang tidak mencukupi kehendak dan paling akhir ialah mungkin banyak perisian yang sedang running dalam satu masa .


Bagi penulis tak kan pula setiap kali Mozilla Firefox update version, kita sebagai pengguna pun kena upgrade spec komputer ingat harga satu unit komputer puluhan ringgit malaysia ? Bersambung lagi . .



Posted on Wednesday, September 16, 2015 by Newbie3viLc063s

1 comment

Sunday, December 15, 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua ,  artikel ini akan kongsi cara membuat hotspot tanpa sebarang perisian seperti Connectify yang telah diketahui umum .. Oleh kerana tidak mahu membuang masa mari kita lanjutkan cara2nya .


Sila jalankan Command Prompt sebagai administrator lalu masukkan perintah ini ;
"  netsh wlan show drivers

 Pastikan Wifi Adapter kita supported



Baik , langkah seterusnya adalah untuk membina SSID dan Security password .
"  netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NamaHotspot key=Password



Setelah selesai jalankan perintah di atas ia akan memberi status "successfully" dan untuk jalankan servis hotspot kita kena jalankan perintah dibawah.
"   netsh wlan start hostednetwork

 Untuk jadikan status dia Internet kita perlu setting device di Connection Sharing.



**Lepas ni tidak perlulah bersusah payah install Connectify version crack .

 




Posted on Sunday, December 15, 2013 by Newbie3viLc063s

7 comments